5 Cara Memilih Sahabat.....
Nasihat yg boleh diikuti dlm membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah s.a.w ) kepada anak nya:
Pilih lah sahabat yg suka melindungi sahabatnya,dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Pilihlah sahabat yg apabila engkau menghulurkan tangan utk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dgn rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yg ada pada dirimu, dia suka meng hitung-hitungkan nya.
Pilihlah sorang sahabat yg apabila engkau menghulurkan tangan utk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dgn rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Pilihla sahabat yg jikalau engkau meminta sesuatu drpd nya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia pula yg menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran serta kesedihan yg menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Pilih lah seorang sahabat yg jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja, jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yg berat dia suka mengusahakan nya dan jika engkau berselisih dengan nya, dia suka mengalah untuk kepentingan mu....
Wednesday, November 25, 2009
Posted by night@piety at 9:13 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment